Showing posts with label action and other..... Show all posts
Showing posts with label action and other..... Show all posts

NOVEL : KIRANYA KU TAHU

Kalo ader ejaan slh ker,aper2 ker...bgtaulh mlalui comment yer..SELAMAT MEMBACA! Hai stakat smpi Episod 2 jer aku leh wat!! Nanti aq continue nnti dr Episod 3 smpi episod 28...yg ni skit jer x smpi 30 ...best cite ader yg bab romantik,aksi tp skit r gak,..Saksikanlah!!!Skrg nk wat epsd 3 plak...nnti aku smbung lps lek Holiday dr Melaka...bye!!

Episod 1 :

Tiba di pintu pagar asrama, Munira menuju ke kotak kad. Dibelek beberapa ketika. Sekeping kad yang terpampang gambarnya berukuran pasport di sebelah kanan, ditarik keluar. Cepat-cepat dia melangkah ke bilik yang terletak di tingkat empat. Jenuh jugalah nak daki tangga.
Sampai,dia menuju ke bilik. Beg sandangnya disangkutkan di kerusi. Fail pula diletakkan di meja. Uh! Munira melontar tubuh e katil. Letih benar rasanya berebut-rebut naik bas tadi. Itulah, kalau duduk di kolej dalam kawasan kampus kan senang. Tak payah naik bas. Boleh berjalan saja ke kelas.
Atikah, teman sebiliknya yang mengambil jurusan akaun hanya melihat sahaj tanpa menegur. Tak pernah dia melihat Munira sebegitu muram. Selalunya gelak ketawa Munira yang akan kedengaran dulu sebelum dia sampai ke bilik. Riuh saja mulutnya menegur teman-teman lain yang duduk di bahagian depan bilik itu. Atikah faham benar perangai temannya yang seorang itu kerana sejak mula masuk ITM mereka telah ditempatkan di bilik F 6401.
Tapi hari ini... apa agaknya yang merunsingkan fikiran Munira? Letih agaknya, Atikah membuat telahan sendiri. Matanya mengahadap ke depan semula dan meneruskan assignment yang masih betimbun-timbun.


"Termenung!!!"
Munira tersentak. Dia membulat mata pada Atikah.
"Ni ha... aku ambil dekat dewan tadi. Kesian juga kut-kut kau kebulur tengah malam nanti."Atikah sengih sambil meletakkan dua biji limau di tas meja Munira. Seketika, dia menuju ke almari. T-shirt dan track suit dikeluarkan. Baju kurung yang dipakai tadi disalin. Memang menjadi syarat masuk dewan, kena pakai baju kurung.
"Thanks," Munira akhirnya bersuara. Tadi dia menolak ajakan Atikah untuk makan malam. Dia tak berselera. Lagipun kenyang, dah banyak makan petang tadi.
"Dari tadi aku tengok kau dok termnung aje, apahal? Ha,ini mesti ingat pak we ni," Atikah menduga. Dia turut duduk di katil Munira.
"Pak we tak ada... so, tak ada siapa yang nak diingatkan. Lainlah macam Ati!" Selamba saja Munira menjawab."Ish... dia yang mengelamun, kita pulak yang dikenakannya," Atikah memanjangkan muncungnya. Terus dia ke meja study.
Munira ketawa besar. Geli hati dengan perangai Atikah. Itulah, usik orang pandai, kalau terkena diri sendiri, tahu pulak nak marah.
"Ati!"
"Hmm... nak apa?" pandangannya dihala ke Munira.
"Muncung tu lawalah... boleh pinjam?" Munira tersenyum nakal.
"Hiii... tensionnya aku dengan budak sorang ni". Atikah menjerit kuat. "Dah,dah... kalau layan Nira ni sampai bila pun tak sudah... Jangan nak mengarut lagi, pergi study, exam tak lama lagi..." Atikah membebel panjang.
"Baiklah mak... cik." Munira masih berlucu.
"Ops... sorry ya,silap tu. Datin la, datin... bukan mak cik," Atikah pula bergurau.
Munira senyum. "Okeylah... Datin bukan mak cik, Nira nak pergi belajar ni... tolong jangan kacau Nira, ya."
"Dia yang kacau orang," Atikah tak puas hati. Munira tergelak lagi dan terus keluar untuk mencuci muka.
Atikah dah masak dengan kerenah teman sebiliknya. Nakal tak habis-habis. Tapi kadang-kadang terhibur juga dengan lawaknya. Ada masanya sakit juga hati kalau dia saja yang asyik terkena. Walau apa pun dia tak menafikan- tinggal sebilik dengan Munira memang enjoy!

Episod 2 :

Dari dulu lagi Annuar memang minatinya. Dia tahu tapi sengaja buat-buat tak tahu. Asmahlah orang tengahya! Bukannya dia tak sudi tapi tak pula rasa nak bercinta. Malah, dia lebih bersyukur kalau mereka berkawan biasa.
Malangnya Annuar tak mahu mengerti. Dah empat semester, dia masih mencuba. Nyata lelaki itu penuh dengan semangat buru- pemburu cinta!
Sebagai insan biasa, akhirnya Munira tewas jua. Keikhlasan dan kejujuran Annuar yang tak jemu-jemu berusaha, menambat hatinya. Dia tak mahu Annuar berusaha lagi. Cukup! Dia akan menamatkan segalanya. Dia akan menerima Annuar!
Tapi... lain pula yang terjadi! Dia ingat lagi masa jamuan tu! Menyakitkan hati...
Pelajar undang-undang Part 5 pada semester kali ini mengadakan jamuan ringan untuk merakan kejayaan mereka dalam peperiksaan semester lalu. Semua pelajar lulus. Tak ada yang sangkut paper.
Di majlis itulah Annuar bersikap dingin. Bila ditegur, dia jawab tak nak saja. Tapi kalau dengan orang lain,perempuan pulak tu. amboi... bukan main lagi!
Hati Munira bengkak. Dah kita nak, dia pula jual mahal. Kalau tahu nak jadi macam ni, tak hingin aku tegur dia!
Munira mendengus keras. Seketika pandangan dialih ke jam di meja Atikah. Dah pukul 1.00! Atikah pula sudah lama meneroka alam mimpi.
Munira senyum sendiri. Kalaulah Atikah tahu,malunya aku! Bukannya stay up untuk study, tapi berangan.
Dia bangkit dan menutup lampu. Kemudian tubuh di lontar ke katil. Selimut ditarik hingga menutup kepala. Begitulah tabiatnya kalau nak tidur.
Oh mata tidurlah! Jangan diingat jembalang tanah tu! Sempat juga dia berdoa sebelum memejam mata!

Episod 3 :

"Hoi bangun!"
Munira mengesat-ngesat matanya yang masih mengantuk. Asmah sudah tercegat di sebelah katilnya.
"Apa menyibuk ni, pagi-pagi lagi dah kacau orang...." Munira berusara antara dengar dengan tidak.
"Teruk punya anak dara, tidur hingga meninggi hari," cemuh Asmah.
"Dengki betullah engkau ni," rungut Munira. Terpaksa juga dia bangun sebab malas nak dengar suara Asmah yang nyaring tu. Kalau duduk dekat pun bercakap macam tak ada volume rendah.
"Nira, kau okey ke?" Balik dari jamuan semalam, dia nak bertanya tapi tak berkesempatan. Malam tadi dia nak datang ke bilik Munira tapi dihadang oleh seorang pelajar baru yang ingin tahu tentang selok-belok asrama. Sebagai Presiden asrama itu, terpaksalah dia menjawab pelbagai soalan. Yang budak ni pun satu, bukannya tak ada hari lain nak tanya.
"Biasa. Ah, lantak dialah!"
Asmah hanya tersenyum. Betul ke ni?
Munira yang memandang hanya mencebik. Dia tahu hati Asmah pasti berkata-kata. Hanya Asmah yang tahu kisahnya dengan Annuar. Asmah pernah memberi nasihat agar Munira menerima sahaja Annuar. Cuma Munira terlalu ego. Dia buat Annuar tak ubah macam tunggul kayu. Sekarang ni, terimalah musibahnya.
"Itulah, time dia nak, kau tak nak... time dia tak nak kau nak," satu keluhan keluar dari mulut Asmah.
Munira yang sudah mengemaskan katilnya beralih ke meja study. Buku dan nota-nota yang bersepah disusun.
"Tapi aku rasa, dia sengaja nak bagi aku rasa apa yang dia rasa sebelum ni," terpacul katat-kata itu. Munira termenung seketika. Dia menyedari keangkuhannya sebelum ini.
Asmah tergelak. "Ha! Akhirnya mengaku juga kesilapan sendiri. Kalau tak tu asyik dia aje yang betul...."
Atikah masuk sambil menggosok kepala dengan tuala kecil. "Korang ni tak ada kelas ke?" Dia duduk di katilnya yang belum berkemas.
"Ada... tapi hantu biru ni datang mengacau!" Munira melirik ke Asmah yang memakai baju kurung serba biru.
"Yalah tu. Kalau aku tak datang, ada yang tidur samapi esok pagi!" Asmah perli.
"Dahlah... layan kau ni, sampai esok pun tak habis." Pantas tangan Munira mencapai baldi yang dipenuhi pakaian tak berbasuh.
"Tak nak pergi kelas ke?" Jerit Asmah apabila melihat Munira beelenggang senang dengan baldi pakaiannya.
"Releks la... ada lagi setengah jam," selamba saja Munira menjawab tanpa menoleh.


"Membasuh begitu teruk sekali," suara Mastura memecah keharmonian tempat membasuh.
Munira agak terkejut dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka itu.
"Hei, tak kacau orang tak boleh?" Sinis suaranya. Munira biasa benar dengan Mastura, teman sebilik Asmah. Mastura juga tak pernah ambil hati. Dia tahu Munira cuma bergurau. Malah cara itu serasi dan makin mengeratkan perhubungan mereka.
Mastura meletakkan colgate pada berus gigi oral B. Dia berkumur-kumur seketika. Baru dua tiga kali dia menggosok, Munira yang leka meembasuh bersuara.
"Masa kau keluar tadi pukul berapa?"
Diam.
"Hoi tak de...." Munira berpaling dan dia pula terdiam.
Mastura mencuka. Mulutnya penuh dengan buih putih. Dia berkumur-kumur. "Kalau nak bertanya, biarlah kena masanya!" dia menjeling.
"Sorry, aku tak perasan!" Munira tersenyum meleret.
"8.45!"
"Ha?" Munira tak cakap banyak lagi. Kalut. Dia terus pungut kain baju yang belum berbilas. Nasib baik dah mandi. Pantas pula tangan mencapai berus dan sabun. Dengan langkah seribu dia beredar dari toilet.
"Hai, kelam-kabut nampak," Atikah sengaja menegur.
"Ati ni teruklah, bukan nak bagitau Nira dah lambat," rungut Munira perlahan. Baju yang sudah siap disterika disarung ke badan.
"La, tadi Ati tengok Nira releks aje, malas nak tegur. Tapi lambat tu kan biasa, cepat je yang jadi luar biasa!" Atikah menjawab selamba.
Tak sampai 10 minit Munira sudah bersiap. Rambut yang kerinting melepasi bahu dilepas bebas. Bibir comelnya dicalit dengan lipstick, amat nipis. Tapi cukup untuk menaikkan seri wajah! Eyeliner hitam membuatkan matanya semakin galak. Macam manalah jejaka tak terpikat! Tapi bukan itu tujuan utama dia ke sini. Harapan ibu dan ayah untuk melihat dia berjaya tetap menjadi misi utama!
"Amboi mak... ekspress nampak!"
Munira mencebik seketika dengar teguran Atikah. Jealous juga tengok Atikah sedang mencari siaran radio. "Biasalah beb.... Nak hidup mestilah cekap!
Bila Atikah berpaling, Munira sudah hilang. Dia senyum.
Begitulah Munira... kalau ada kelas peergi, tak sah kalau tak kelam-kabut!

;;