♥♥LOVE. LIFE & SEX♥♥






by Em0b0y

26 Oktober 2008

Apabila kita membicara subjek seksualiti ada tiga perkara yang tidak terlepas daripada perbincangan iaitu aspek fisiologi, psikologi dan budaya. Ramai yang tidak menyedari bahawa pengaruh budaya adakalanya begitu kuat sehingga mempengaruhi persepsi kita mengenai seksualiti.

Mengikut fahaman budaya yang dipegang oleh kebanyakan masyarakat di dunia, kaum lelaki memerlukan seks dan berhak terhadapnya. Itu hak mutlaknya. Kaum wanita, suka atau tidak, harus memenuhi keperluan lelaki.

Dengan berpegang pada amalan budaya pro kaum lelaki ini sebuah kehidupan keluarga akan menjadi aman dan sentosa kerana kepuasan seks telah diberi kepada si dia yang tanggungjawabnya adalah memburu nafkah untuk kehidupan keluarga.

Bagaimanapun dengan peredaran zaman, letusan maklumat, proses modenisasi dan ‘revolusi seks’, pandangan di atas sudah dikira usang. Wanita kini dikira setaraf dengan kaum lelaki, dan sama-sama bertanggungjawab dalam membina dan menyumbang ke arah kemantapan hidup berkeluarga.

Kaum wanita mendapat perspektif baru tentang seksualiti. Ia tidak lagi hanya berfungsi sebagai keperluan reproduktif. Seks dilihat sebagai satu aktiviti riadah yang menyenangkan, juga untuk mendapat kepuasan bertujuan menyumbang ke arah kesejahteraan fisio dan psikologi.

Fahaman baru ini membuat para wanita berhak menentukan sama dia mahu hamil dan bilangan anak yang diingini serta masa yang sesuai untuk berintim. Sudut pandangan ini tidak lagi menjadikan wanita sebagai alat mesin seks bagi tujuan pembiakan atau kepuasan.

Tetapi bukan semua budaya telah menganut fahaman baru ini, justeru wanita masih mendapat perlakuan yang negatif secara seksual. Disfungsi seksual yang dialami oleh wanita adalah hasil daripada tidak memadainya pendidikan seksual. Natijahnya wanita masih terpinggir dari segi seksualiti.

1 PeMb@C@ KiTeR...:

Inés de Cuevas said...

Amigo gavy, gracias por visitarme. Me encanta tu sitio.

Gracias, también, por apuntarte como seguidor del mío, ya hice otro tanto.

Besos.